Friday, 21 June 2013

POLYCYSTIC OVARY SYNDROME (PCOS) MENGANCAM KESUBURAN WANITA MALAYSIA!!!



Apakah PCOS?

PCOS adalah satu keadaan di mana kilang telur/ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak disebabkan benih2 telah terperangkap dalam ovari dan tidah boleh menetas pada waktu subur.Apabila berlaku keadaan seperti ini,lama kelamaan akan menimbulkan pelbagai jenis masalah kesuburan dan gangguan haid pada wanita tersebut.





Apakah tanda gejala utama akibat PCOS?

-Kemandulan
-Sukar hamil dan apabila hamil senang gugur
-Tidak datang haid/haid yang banyak atau berpanjangan
-Kegemukan
-Jerawat
-Tumbuh rambut berlebihan pada kaki,dada dan muka

Apakah punca PCOS?

-Tidak diketahui berkemungkinan terdapat gangguan pada 
enzim yang mengawal pembentukan hormon
-tabiat dan jenis pemakanan yang mempunyai banyak karbohidrat,gula,perisa dan pengawet
-stres/tekanan fizikal

Apakah rawatan untuk PCOS?

-mengurangkan berat badan
-membetulkan pusingan haid
-meningkatkan kesuburan dengan pengambilan pil hormon seperti GLA complex dan set kesuburan untuk hamil.

Berminat untuk mengetahui bagaimana GLA & set kesuburan Shaklee membantu anda untuk hamil? Hubungi saya sekarang.


Puan Azie
call/sms/whatsapp:0122079240
facebook:Azidah Zainudin

fanpage:HealthyVitaminShoppe
Shaklee ID:934793

Monday, 17 June 2013

Sugar Craving @ Ketagihan Gula


Lepas makan mesti nak kena ada dessert. Nak kena makan benda yang manis. Kalau tak, rasa tak puas. Atau pun asyik teringin nak makan benda manis je. Teringin nak makan kek. Teringin nak makan ais krim. Bestnya kalau dapat makan Tutty Fruty. Balik kerja ni nak singgah Secret Recipe lah. Siapa ada masalah macam ni sila angkat tangan. Tahukah anda bahawa anda sebenarnya KETAGIHAN GULA @ SUGAR CRAVING. Ramai orang yang mengalami sindrom ketagihan gula tanpa disedari, tak kira lelaki atau perempuan. Jadi, ketagihan gula ni perkara yang baik atau buruk? 


Badan kita merupakan satu sistem yang sangat kompleks & canggih. Bila ada apa-apa masalah, semua laporan akan dihantar ke otak & otak akan mengeluarkan signal untuk memberitahu perumah (kita lah tu) bahawa ada masalah dalam badan kita. Untuk kes kita yang ketagihan gula, apa yang berlaku di dalam badan  ialah sel-sel badan kita kekurangan nutrisi. Oleh itu, sel telah menghantar laporan kepada otak & sebagai tindak balas, otak menghantar signal kepada kita supaya makan banyak gula supaya dapat membekalkan nutrien yang mencukupi kepada badan. Otak memberi signal kepada kita supaya meningkatkan pengambilan gula supaya sel-sel dalam badan tidak menghadapi masalah kekurangan nutrien.



Ketagihan gula bukanlah sesuatu yang baik untuk diri kita kerana ia akan menyebabkan kita mengambil terlalu banyak gula dalam diet seharian & menyumbang kepada pemakanan tidak seimbang. Berikut adalah 7 sebab kenapa anda perlu hentikan ketagihan gula: 

1. Gula bukan makanan. Ia  mengandungi  sangat sedikit nutrisi yang berharga. Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan badan kita terpaksa mencuri vitamin dari organ penting badan yang lain dalam usaha untuk memproses gula berlebihan tersebut. Ia akan menyebabkan badan kita kekurangan nutrisi.

2. Gula adalah menggemukkan. Semua orang tahu rahsia ini. Gula kaya dengan kalori yang akhirnya akan disimpan didalam tisu lemak kita.

3. Gula akan menyebabkan kita gementar (nerveous). Kajian menunjukkan kaitan yang tinggi di antara pengambilan gula yang berlebihan dengan kemurungan, gementar, gelisah, skizofrenia & perasaan tidak keruan yang lain kerana tahap insulin & adrenalin yang tinggi.

4. Gula menyebabkan diabetis, masalah buah pinggang & penyakit jantung. Ini kerana pengambilan gula yang berlebihan akan mengurangkan keupayaan pankreas untuk berfungsi dengan sebaiknya.

5. Gula merosakkan gigi. Ia menyebabkan peningkatan bakteria di dalam mulut & merosakkan enamel gigi. 

6. Gula mengganggu sistem imun badan & menyebabkan kita terdedah kepada penyakit.

7. Gula akan menyebabkan wajah kita cepat berkedut.

Oleh itu, ketagihan gula haruslah dirawat dengan cara memastikan badan mendapat nutrien yang mencukupi agar sel dalam badan kita tidak kebuluran. Bagi anda yang mengalami masalah ketagihan gula, masalah tersebut boleh diatasi dengan pengambilan SET BASIC SHAKLEE yang terdiri daripada:


Vitalea

VitaLea Shaklee adalah multivitamin dan multimineral yang pertama dicipta di dunia. Asal namanya ialah Vitalize-Mineral dan disingkatkan kepada vitamin, damn perkataan vitamin digunakan hingga kini.VitaLea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstak dari sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting seperti yang disarankan oleh RDA.



B Complex 
Mengandungi 8 jenis vitamin B yang lengkap untuk tubuh badan kita.

Vitamin C
Merangsang pembentukan kolagen yang merupakan asas bagi pembentukan sel badan kita.

Anda juga disarankan untuk mengambil ESP Shaklee untuk mendapat kesan yang optimum.


Berminat untuk mencuba SET BASIC SHAKLEE? Hubungi saya:


Puan Azie
Call/sms/whatsapp: 012-2079240
Facebook: Azidah Zainudin
Fanpage:  Healthy Vitamin Shoppe
Shaklee ID:934793

Saturday, 15 June 2013

Petua Hamil Menggunakan 41 Kuntum Bunga Cengkih




Petua ini saya boleh dari seorang ulama' di Terengganu. Ramai muridnya yang dah berjaya hamil. Menurut beliau, petua ini beliau perolehi dari petua ulama' silam. Petua yang saya maksudkan ialah dengan menggunakan 41 kuntum Bunga Cengkih.  


Bunga Cengkih itu diibaratkan sperma yang berenang di lautan dalam yang gelap gelita dan ayat 40 surah An-Nur itu adalah jampi (dibenarkan jampi menggunakan ayat Quran) kerana Allah nyatakan hanya Dia yang mengurniakan Cahaya kepada siapa yang dikehendakkiNya. Jika Sperma itu tidak diberikan Cahaya oleh Allah, masakan boleh bertemu dengan Ovum.


" Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis, apabila orang itu mengeluarkan tangannya, dia tidak dapat melihatnya sama sekali dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayat petunjuk) maka dia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar)" ( An-Nur: 40)

petua cepat mengandung



Caranya ialah:-


1) Suami dan isteri hendaklah memilih 41 kuntum Bunga Cengkih yang elok.



2) Suami genggam Bunga Cengkih tersebut dan membaca 3 kali ayat 40 surah An-Nur.



3) Seelok-eloknya dilakukan pada malam jumaat.



4) Bagi isteri makan 1 kuntum Bunga Cengkih setiap malam sebelum tidur. Hanya isteri sahaja yang makan.



5) Pada masa yang sama, banyakkan doa ayat 40-41 Surah Ibrahim. Banyakkan menderma wang kepada orang yang memerlukan. 



Jika anda sedang meminum air Buah Zuriat, boleh juga membaca Ayat 40 Surah An-Nur itu pada air yang ingin diminum.



Kredit to Herbazuriat


Anda boleh mengambil set kesuburan Shaklee untuk meningkatkan kesuburan anda.

Puan Azie
Call/sms/whatsapp:0122079240
Facebook: Azidah Zainudin
Fanpage:HealthyVitaminShoppe
Shaklee ID:934793